Thursday 6 January 2022

Tahun 2022.

 Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah, saya dapat kembali ke sini. Pertama sekali saya ingin memohon sejuta kemaafan andai penulisan lama saya mengandungi perkara-perkara yang kurang disenangi untuk dibaca, maklum la zaman muda remaja zaman menjadi pelajar dahulu kala ;)  Insya Allah sekiranya ada masa, saya akan kemaskini, uruskan dan bersihkan blog ini dengan penyampaian yang lebih baik.  Sebenarnya apabila dah dapat kembali ke blog saya ini, saya berjanji dan berniat untuk menutup blog ini daripada tatapan umum, tetapi saya dapat rasakan mungkin ada bahan-bahan yang tidak seberapa di dalam blog ini dapat menjadi rujukan dan juga perkongsian kepada pelajar-pelajar di luar sana. Terutama sekali untuk pelajar-pelajar dalam opsyen Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, harapan saya semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan juga ilmu kepada adik-adik di luar sana. Saya halalkan apa sahaja bahan saya di dalam blog ini untuk dikongsikan sekiranya bermanfaat kepada semua. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua andai ada salah tutur kata dalam setiap penulisan saya di blog ini terutama sekali penulisan lama saya iaitu pada tahun 2014-2011 yang lalu. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah silap dari saya. Saya doakan tidak kira sesiapa pun anda, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian kita, dilimpahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. 

Sekian.. Assalammualaikum.. 

No comments: