Thursday 4 July 2013

#projek seni topeng muka bahagian 1

Assalamualaikum.

untuk post kali ini, sy nk kongsi tentang proses hasil kerja projek seni membuat topeng. membuat topeng yaw! projek ini dijalankan selepas sy selesai menghasilkan oil painting di atas kanvas yg bertajuk "pengharapan senja" suatu ketika dahulu.  mungkin perkongsian projek ini dapat membantu adik-adik yang turut sama mempunyai tugasan semester membuat topeng seperti sy. mgkin dapat memberi sedikit ilham tentang bahan-bahan serta proses pembuatan dan juga the way it's look. tetapi jgn lah tiru sebijik. bukankah be yourself itu adalah lebih cantik dan murni? buat adik-adik yg akan mghasilkan karya topeng, try to think about something in our life yg telah mempengaruhi hidup kita. apa yg sy maksudkan adalah, rasa yg mungkin kita pernah lalui dan alami atau sesuatu yg kita senangi atau mungkin sesuatu yg dekat dengan kita juga. dan seterusnya boleh hasilkan dengan mengikut prosedur2 seni.  itu salah satu daripada proses mengekpresi diri dan menetapkan tema nama bukan? ^^  tajuk topeng muka sy pada kali ini adalah...topeng. kenapa sy  memilih tajuk topeng? hal yang demikian menggambarkan ekpresi pengkarya yg ingin diluahkan sewaktu melalui liku-liku hidupnya samada waktu sukar duka tawar hambar luka namun terlindung disebalik topeng-topeng wajah yg kukuh. apa yg sy ingin sampaikan dan ekpresikan ini akan dapat dilihat pada hasil karya topeng ini. *aishh terrrrasa malu dan segan ya sekiranya lecturer2 ambe baca blog nih. kuang3

ok ok tanpa membuang masa, ayuhlah melihat gambar proses satu-persatu. pastu kalau boring, sila tekan pangkah dan terus pergi jangan mai2 lagi dh. emosi yaw! hahaha. STOP!!!!!  okeh.

bahan-bahan yg telah sy gunakan utk projek topeng muka sy pada kali ini adalah, aluminium foil, paper mache, masking tape, akrilik, spray, plastik botol,getah lastik,




Proses membuat topeng. 

#1. bentukkan aluminium foil ini menjadi segi empat. kalau boleh biarlah muat saiz muka kita ya.

#2. ambil aluminium foil kemudian bentukkan ia pada muka sendiri atau muka kawan. tapi untuk projek topeng muka pada kali ini, sy memilih utk bentukkan pada muka sy sendiri.hati2 ya sewaktu proses membentuk di muka, jangan penyek kuat sangat kt muka, nnti muka jadi merah. *berdasarkan pengalaman* HEHE

#3. kemudian 

#4. ya kemudian balut dengan masking tape. harus balut semua ya.

#5. pastikan dibalut dengan teliti. pastikan hidung dibentuk untuk dapatkan hasil yang baik.


#6. dah siap balut semua menggunakan masking tape


#7. balut juga bahagian dalam


#8 kemaskan balutan pada bahagian hadapan


#9. balut pada bahagian dalam lagi. kemaskan 


#10. kemudian guna pisau untuk tebuk mata dan juga lubang hidung. ketabahan dan kesabaran yang tinggi diperlukan yaw!


#11. kemudian, untuk topeng sy memilih utk letakkan hiasan di atas kepalanya. oleh itu, dengan menggunakan aluminium foil sebagai asas, 

#12. bentukkan seperti yang dimahukan.


#13. guna masking tape lagi.

#14. okeh, guna pula paper mache untuk tutup semua bahagian topeng ini.
paper mache? cebisan2 kertas @ tisu @ surat khabar @ apa jenis kertas yg telah direndam kemudian dilumatkan utk dijadikan paper mache. 


#15. then guna gam utk tempek pada topeng ini. bagi dia melekat kuat pada permukaan topeng


#16. okeh. bentukkan mulutnya yaw! guna paper mache ye. 


#17. kemudian letak tali kat tepi topeng. apa2 tali je la. tapi sy pilih tali getah yg nk lastik cicak tu pun boleh



#18. letak gam ye. biar dia kering kemudian akan rasa permukaan topeng ini sgt keras kerana gam yang telah ditempek itu.



#19. kemudian utk bahagian atas, sy gabungkan dengan topeng muka dengan menggunakan teknik seperti gambar di atas ini. memerlukan kesabaran dan ketabahan ye. huhuhu



#20. 

#21. ya guna masking tape jugak ye


#21. yg putih petak tu apa? itu adalah paper clay. boleh dapatkannya di popular atau mana2 kedai yg berkaitan. 

#22. proses mengering memakan masa juga. jadi pesanan: jangan mulakan projek ni lewat2 atau bahasa paling tepat *tangguh*, nanti takut kalut pulak dgn tarikh submit projek.  *berdasarkan pengalaman. HEHE






*penat betul taip panjang2. okeh akan bersambung.