Wednesday 19 June 2013

semester baru yuhuuu



Assalamualaikum! 

Begitu cepatnya masa berlalu. Tarikh 17 Jun 2013 menandakan bermulanya semester baru iaitu semester 6. Sudah pasti terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 3 hari di maktab. Yang pastinya saat paling mengembirakan adalah gelak ketawa kami yang telah menceriakan hari-hari dan menyembuhkan luka-luka  yang kian beransur pulih dalam diri. Pada semester ini ada program BIG, praktikum, persatuan dan lain-lain. Hanya 2 subjek sahaja iaitu subjek major yang terbahagi kepada 2 subtopik, manakala 1 subjek minor. Good news semester ini tiada subjek EDU. ehehe sgt melegakan hati. TAPI tapi tapi praktikum pada fasa kedua ini  akan mengajar subjek major dan juga subjek minor 1 iaitu PJ. tapi tapi tapi walhalnya pada semester ini kami tidak belajar subjek minor 1 iaitu PJ tersebut sebaliknya kami belajar subjek Bahasa Melayu. Maka, aku dapat rasakan kemerengan atau mereng mereng tersebut akan melanda diri ini tatkala praktikum nanti. Aku juga dapat rasakan yg ke'mereng'an itu telah melanda diri ini semenjak aku mula-mula menaip post ini di mana penggunaan ayat dan perkataan adalah tidak seperti yang biasa digunakan di dalam post-post sebelum ini. Tetapi tidak mengapalah kerana Bahasa Melayu itu sangat penting dan berharga. Kita seharusnya memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu kita, bak kata pepatah "Takkan Melayu Hilang di Dunia." sayangi dan hargailah keamanan yang ada pada hari ini. Kenanglah juga pengorbanan nenek moyang kita dahulu kala yang berkorban nyawa memperjuangkan tanah air kita. Jadi setakat ini sahaja lah, penat betul menaip panjang-panjang. Sehingga berjumpa lagi di ruangan perkongsian ilmu yang akan datang. salam. 



Wednesday 12 June 2013



a new chapter. a new story. a new beginning. a new life. a new soul.
never be the same again.

goodnite yaw!