Wednesday 2 November 2011

boneka

Assalamualaikum !

ok untuk post yang pertama ini,saya akan bagitau bagaimana untuk membuat puppet. untuk pengajian melayu sem 2 Literasi Bahasa guru pelatih dikehendaki membuat boneka utk diaplikasikan dalam p&p dan juga sebagai ABM dlm kelas nanti. and my job for my group adalah menghasilkan seekor boneka kancil dan juga melakonkan watak kancil yg mengeluarkan suara persis doraemon ini. haha okay then, i will show you the steps. first, sediakan bahan-bahan seperti gunting, (kain) tuala, kapas bantal, kertas A4, pensil, benang dan jarum. untuk tuala, pastikan ianya tuala yang nipis untuk memudahkan proses menggunting dan membentuk.



bahan-bahan :)

sebelum memulakan kerja, buat satu lakaran rupa boneka tersebut di atas kertas A4. kalau anda adalah seorang yg jenis sayang pada kertas A4 untuk print esaimen, boleh gunakan surat khabar macam saya buat ni haaa hehehe



setelah selesai membuat lakaran, gunting kertas tersebut mengikut ukuran yang sepatutnya.



seterusnya ambil kain (tuala) kemudian gunting kain tersebut mengikut ukuran pada kertas.





langkah seterusnya adalah dengan menjahit kain tersebut menggunakan benang dan jarum. diharap dapat menjahit dengan penuh kesabaran dan ketenangan haha ^^ owh proses menjahit juga boleh diselangseli dengan melakukan aktiviti senaman mulut----makan junkfood hahhaaha nampak tak junkfood itu nampak tak nampak tak? hihii ^__^




seterusnya masukkan kapas di dalam bahagian-bahagian tertentu pada boneka tersebut. kemudian jahit kembali.











haa nampak tak kebuncitan pada perut boneka ini? yaa masukkan kapas bantal dengan lebih banyak jika mahu menimbulkan kesan itu.





okeh boneka siap! hihii





selamat mencuba! :)


p/s: jahitan pada boneka tak kemas.. nampak sangat sy xpandai menjahit kan? HAHAHA



No comments: