Wednesday 17 September 2014

hari ni 17 september 2014


Assalamualaikum.

nampaknya masih ada 3 bulan lagi kat maktab ni...  rasa xsabar . tapi takut pun ada. haha. so, sekarang cuti sekolah , after cuti ni hari isnin dah kena present VIVA. omggg omgggg berdebar la pulak bila fikir memandangkan sekarang dah nk habis cuti pun aku xsentuh lagi slide viva aku. mmg dh aku jangkakan kalau balik cuti kt rumah jgn harap aku nk buat keje sekolah. ahhaha adusss rezak rezak. walaupun sebelum cuti aku dah membina keazaman dan nekad yg kuat untuk menyiapkan slide viva tapi hmmmm mmg tak aaaaaaaa.... hari tu masa first ngan second day kt rumah aku ingat nk rehat2 dulu (konon) then hari ketiga bru nk wat keje tengok2 smlm duk gigih buat kek coklat yg memang xsedap  (sape jdi laki aku mmg tak bertuah dn kesian giler la dia sbb aku xreti masak hahahahaha) dan tadi pagi aku gigih pulak buat pizza....... aaaa aku xpaham apa dh jadi ngan diri aku sendiri............ TT.TT
aku rasa ni mungkin kesan dari hectic week sblm2 ni yg membuatkan aku pening kepala dan sleep less. mungkin sbb cuti sekolah jadi inilah masa untuk aku curi2 rehat sebelum hectic week hectic life datang lepas nih. okay, sebenarnya untuk sem final ni aku kena buat satu lagi projek seni. so aku rasa aku dh nekad, nak sambung balik karya fragmental aku dulu yg bertajuk "Wayang Kulit, 2012". jadi untuk projek kali ni aku bercadang nk guna kaedah fragmental, cat akrilik, isu kemanusiaan, tema wayang kulit , dan tajuknya adalah, "Bertemu Jodohnya" .  sbb apa tajuk dia mcm tu? haaa nanti aku update after siap projek ni. lagipun tajuk ni belum official lagi sbb belum dapat kelulusan dari pensyarah encik mat lagi. tapi apa2 pun aku nk buat yg ni gak sbb aku degil keras kepala.,.hahaha.


p/s: kawan2 doakan sy nk viva hari isnin niii...wuwuuu.... semoga dipermudahkan segala urusan..aminn...   +.O





Monday 7 July 2014


Assalamualaikum! hari ni hari isnin,post yg lepas bulan januari. xtahu la bakpe tiba2 rajin nk update. jadi sekarang mmg terbukti sy nih malas. haha. sebenarnya bukan malas, tapi rasa mcm xbekesempatan nk menaip, ada je kerja2 lain nk buat (alasan) .eh, bajet mcm ada orang yg baca blog nih muahahahaha. dh masuk ramadhan, hari ni penang cuti, mcm biasa la sebagai perantau duk kt mana. mmg menyedihkan betul. tapi xpa, hidup mesti diteruskan hahaha. sebenarnya sy dh habis praktikum fasa ketiga semester lepas. fuhhhhh pelbagai dugaan dan cabaran onak duri semua dh dilalui sepanjang praktikum 3 bulan tu. mcm2 karenah yg berlaku. jadi esok 8 julai bermulalah internship sy di sekolah yg sama selama sebulan. fuhhhhh dugaan lagi. AR + projek. adusss ntah ke mana2 lagi ni. risau2 haha. kawan2 yg baik hati sekalian, sama2 doakan semuanya berjalan dengan baik dan lancar eh. doakan eh..hihi.. amin. sem ni jugak adalah sem yg last, jadi akan ada satu projek seni yg terakhir. inshAllah kalau ada masa terluang lepas projek siap, sy akan share kt sini. kalau karya sy ok la, kalau hudoh xmau la share. tapi rasa mcm hudoh je sbb sebenarnya lama dh xpegang berus cat. asyik duk pegang kapur, pen merah, pen biru hitam je. hahahahahaha hadoi2 apa la nasib. jadi kiranya esok, adalah permulaan bagi hari2 yg mencabar bagi sy di bulan puasa ini. harap2 murid2 akan mendengar kata2 sy walaupun sy dulu2 zaman sekolah kadang2 tu xdengar lgsung ckp cikgu. sedih2 haha ni rasa mcm nk naik kereta mesin waktu doraemon kembali ke zaman lepas nih. muahahaha. apa2 pun, lepas ni sy akan rajin update lagi tapi sy rasa setakat ni dlm setahun tu ada la dlm dua kali duk update disebabkan tahap kemalasan yg menebal dlm diri ini kekeke. k lah, xda apa nk kata dh, sebenarnya sy ada  nk share psl pengalaman praktikum 3 bulan yg lepas. banyak sebenarnya nk share. tapi disebabkan sy nk manfaatkan waktu rehat dan waktu xbusy sebelum sy start busy pada esok hari ni (sebenarnya sy malas nk menaip HAHAHAHAHAHAHAHA), oleh itu, sampai disini sajalah. selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur. bye2. ada masa jumpa lagi ea.


Saturday 18 January 2014

townscape drawing project

assalamualaikum. tiba2 rasa rajin plk nk update. rajin sebelum hari2 sibuk datang. xterdaya rasa.. ok pada post kali ini, sy nak kongsi tentang projek lukisan yg bertemakan townscape pada semester lepas. bahan-bahan adalah charcoal, canvas, art eraser, pen, clear spray. ayuh tengok proses sambil2 doakan sy sembuh yep. :) sila jangan fokuskan pada tangan pengkarya ye sebab masa project ini dijalankan adalah musim henna hand art. tapi dia segan2 lak nk hilang huhu..

#1. sesi membuat lakaran atas kanvas

 #2. lukis, membuat lakaran

 guna charcoal


 guna teknik gosokan


charcoal @ arang

 guna art eraser untuk kesan yg best





sesi kemasan























Tajuk : "Pandanglah Aku"
Pengkarya: Hanaterah Husin
Media: Charcoal, pensil pen on canvas
Tema: Townscape drawing
Size: 24x 30 cm
Tahun: 2013


karya ni kisahnya adalah tentang seorang pengemis jalanan. tentang simpati. seringkali golongan ini dilihat di kaki lima, berjalan sehelai sepinggan tanpa arah tujuan. "Pandanglah Aku" dihasilkan untuk mengajak kita untuk memandang golongan mereka yg di bawah. Harta bertimbun sekalipun janganlah dilupakan pada golongan ini. walaubagaimanapun, karya ini akan lagi nampak simpati jika ditambah figura manusia berjalan lalu-lalang di hadapan pengemis tersebut. Semoga lukisan yang dihasilkan ini akan bermanfaat. 



p/s: ok ayuh tido, ihateyoufever. bye2


tahun baru ♥ dan project

alhamdulillah. sudah masuk tahun baru 2014. macam biasa hari ni aku demam. haduss. walaupun demam, aku tetap nk update blog nih sebab terlalu kecewa hari nih cuti ramai orang balik rumah tapi aku sebagai perantau kena bertapa kat sini. semoga hari2 dlm  tahun ni cpt berlalu nk tamatkan pengajian cepat2 huhuhh. okies, nk sambung projek seni topeng muka yg dulu2. gile pemalas sungguh aku nk update. okes, lihat gambar je la, malas nk taip byk2.huhuu


plaster of paris untuk acuan permukaan dalam topeng

reben

bunga daripada reben 

guna cat akrilik. paling best bahagian mewarna topeng







warna ikut tema ampa.


lakaran untuk bahagian atas topeng 


guna glitter glue gitewww

makeup makeup. letak eyeliner dan juga lipstik. hehe




proses mewarna diteruskan dengan tabah dan sabar. kalau boleh sambil makang untuk menghilangkan stress

guna botol nak buat bunga2. spray botol ngan warna merah terlebih dahulu sebelum gunting ikut bentuk yang sesuai

spray bahagian atas topeng. tutup bahagian yg tertentu




guna kain jaring2 untuk tutup bahagian muka topeng ni


letak reben bunga guna gam kuat

tampal bunga2 yg dibuat daripada botol tadi 

topeng tak sebati. bahagian atas tiada kesinambungan dengan topeng muka

adjust warna 

guna kertas kecik2 (warna hijau). simbah gam banyak2 kasi lekat 

aktiviti conteng jari tangan. guna berus untuk teknik renjisan. 


siap dah la kot...huhuuh








disebalik topeng ni ada 2 cerita. aku nk ekpresi kan kisah luar dan dalam, disebalik satu wajah. seorang yang sangat berpenampilan pada dasar luarannya namun sakit di dalam akibat menahan pedih. 
seorang yg sgt berpenampilan aku simbolkan pada bunga-bunga yang banyak menghiasi sebelah wajah topeng ini bermaksud bunga2 itu membantu manusia melihat personalitinya namun pada hakikatnya adalah rasa yg menipu dan berbeza. 

ok itu sahaja, next post adalah tentang lukisan yang dihasilkan semester lepas. 

bye2, goodnight.