Sunday, 2 December 2012

boneka P & P. ayam.

Assalamualaikum. for this entry, i will show you how to make a boneka. boneka?  boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorangdalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen. penggunaan alat  bantu mengajar (ABM) amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. oleh itu, penghasilan boneka sangat membantu dalam memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan mudah untuk difahami oleh murid2. jadi, untuk menjelaskan lagi konsep boneka dlm p&p ini, ya ya let us just see the pictures. ^^



bahan: felt paper ikut warna yang diperlukan, gunting, gam, 
sedikit kapas or gumpalan kertas, gam, 


proses pertama adalah melakar. lakaran amat penting 
sebelum memulakan langkah yg seterusnya. 
kemudian gunting kain felt tersebut ikut lakaran yg telah dibuat.

 siap gunting utk kepala ayam. 



kemudian gunting ayam punya kulit. oh ye, sy telah menggantikan 
warna kain felt diatas kepada warna coklat kt bawah ni haa. 
banyak keje pulok.  memilih sangat... adik2 jgn memilih2 ye, kekgi membazir.. huhu...



bersepah..ini hanya sebahagian. biase lah kalau buat keje wajib bersepah gini.
 kalau xbersepah, itu bukan hanaterah yg buat. hua2


 kemudian nk buat tangan ayam. kepak ayam la kang?

 step seterusnya... ya ya menjahit...  guna kemahiran "ikut dang lah...



 paruh ayam.  yg ni buat guna gam kuat tau. 
hati-hati guna gam kuat tu.


 mata ayam. sy letak kapas kat dalam mata tu.


 eh eh mata ayam takdop..


 jeng2.. sekelip mata sahaja ayam ada mata yg cantik.


 tadaaa! sudah siap boneka ayam. tapi rasa macam adik-beradik donald duck pulok.
 takde rupa ayam pun...wuwuuu TT.TT


 hasil boneka yg lain2..  "yeyy meriah ada keluarga baru! "
kata donald duck. TT.TT

stage persembahan. guna polisterin, akrilik, kain felt, also kertas warna.

untuk persembahan di dalam kelas, penyediaan stage mengikut jalan cerita adalah sangat menarik jika digunakan. hal yang demikian dapat menambahkan lagi suasana dan menghilangkan kebosanan murid2 sewaktu proses p&p dijalankan.  tempoh persembahan haruslah tidak terlalu lama dan juga tidaklah terlalu cepat. intonasi suara juga adalah sangat penting. and the rest, it's all depend on your creativity and sure, confident! okay kt bawah ni ada satu contoh, tentang bagaimana penggunaan boneka dapat diaplikasikan dalam p&p dan juga bilakah utk mempersembahkan boneka2 cantik ini? Yup u'rite! pada waktu set induksi. 

Rancangan Pengajaran Harian 

Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tahun
3 Ceria
Tarikh
18/9/2012
Bidang
Menggambar
Aktiviti
Menghasilkan lukisan haiwan
Tajuk
Mengenali haiwan
Masa
9.00-10.00 pagi
Pengetahuan sedia ada
Murid pernah melihat dan menonton rancangan haiwan di kaca televisyen sebelum ini
Objektif P&P
(Hasil pembelajaran)
                    i.        Murid dapat memahami dan menyenaraikan teknik sebenar penghasilan lukisan dalam bidang menggambar
                  ii.        Murid dapat menghasilkan lukisan haiwan menggunakan alat dan bahan mengikut olahan kreativiti masing-masing melalui aplikasi pengetahuan bahasa visual
Alat & bahan
Kertas lukisan, pensil warna, krayon, pensil, pelbagai gambar haiwan
KBKK
Murid dapat menjana idea melalui penghasilan lukisan haiwan
Penerapan nilai
Bekerjasama, Kekemasan, Kebersihan

  

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti

Strategi dan P&P/ABM/Nilai


Set Induksi
Masa :
5 minit










Guru menayangkan video lagu haiwan

Guru melakukan persembahan boneka haiwan yang bertajuk “Gajah, Ayam Jantan dan Rubah”.


Murid diminta untuk menonton dan mengikut sama menyanyi.


Kecerdasan pelbagai
      Verbal linguistik
      Muzik
      Intrapersonal
      Interpersonal

ABM/BBM
      Laptop
      LCD
      Boneka

  


Langkah 1
(Pemerhatian)
Masa : 10 minit

Guru menerangkan konsep lukisan

Guru menunjukkan contoh gambar haiwan

Guru menerangkan alat dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan lukisan haiwan

Murid diminta melihat gambar yang dipapar oleh guru

Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan untuk  menghasilkan lukisan haiwan

Kecerdasan pelbagai
  - Kontekstual
  - Verbal linguistik

ABM/BBM
      Laptop
      LCD
      Hasil kerja guru
  

Langkah 2
(Penerokaan)
10 minit





















Guru menayangkan video demonstrasi penghasilan lukisan haiwan

Guru menunjukkan langkah-langkah dan cara untuk menghasilkan lukisan haiwan

Murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru membuat tunjuk cara


Murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah menghasilkan lukisan haiwan


Langkah 1 :
      Membuat lakaran haiwan pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel

KBKK
Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya

ABM
Hasil kerja guru
(kertas lukisan, pensil warna, krayon, pensil), Microsoft Power Point.

Kecerdasan pelbagai
      Verbal linguistik
Nilai
      Ketelitian




Langkah 2
      Mewarnakan lukisan haiwan dengan menggunakan  krayon atau pensel warna mengikut warna kegemaran masing-masing

Langkah 3:
      Membuat kemasan dan hiasan pada lukisan



Langkah 3
(Penghasilan)
Masa : 25 minit




Guru mengarahkan murid-murid menjalankan aktiviti membuat lukisan haiwan secara individu

Guru membimbing murid-murid dalam menyiapkan lukisan haiwan ini


Murid-murid menghasilkan lukisan haiwan dengan menggunakan alat dan bahan mengikut kreativiti masing-masing

Murid dapat menyiapkan lukisan haiwan secara individu dengan bimbingan guru


KBKK
Menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam penghasilan karya

Nilai
      Mencipta, mensintesis, menjana idea dan menghubungkaitkan
      Kerjasama, ketelitian, keyakinan

Kecerdasan pelbagai
      Kinestatik
      Visual Ruang

Kaedah
      Individu dan kelas




Apresiasi
Masa : 5 minit

Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya yang dihasilkan oleh murid :
      Baik
      Sederhana
      Kurang mencapai tahap

Guru mempamerkan hasil kerja murid sambil membuat ulasan

Murid berasa gembira dengan hasil karya masing-masing

Murid-murid dapat menilai tahap keupayaan diri masing-masing

Murid-murid dapat berinteraksi dan menyatakan pendapat karya rakan lain

KBKK
      Membanding beza
      Menganalisis

Kecerdasan pelbagai
      Verbal linguistik



Penutup :
Masa : 5 minit

Guru merumus hasil kerja murid-murid

Guru meminta murid mengemas bilik seni

Guru memberikan arahan tentang aktiviti akan datang

Murid mengemas bilik seni seperti yang diarahkan oleh guru

Murid mendengar dan mengambil perhatian tentang aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang

Kecerdasan pelbagai
      Verbal linguistik

KBKK
Penerapan nilai



 and this is the skrip.  :P


Tajuk Cerita: Gajah, Ayam Jantan dan Rubah.

Gajah dan ayam jantan adalah dua sahabat yg tinggal di dalam gua. suatu hari, mereka pergi berjalan2 di dalam hutan. tiba2 langit menjadi gelap dan angin mula bertiup kencang.

ayam jantan berkata, " alamak, hari nak hujan!"
"elok kita jangan teruskan perjalanan," kata gajah. "kita boleh bermalam di sini."

mereka pun melihat sekeliling untuk mencari tempat tidur. ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan. 

"ah, aku dah jumpa tempat tidurku!" kata ayam jantan.

dia terbang ke atas dahan dan selesakan dirinya.

"hooray...aku juga sudah menjumpai tempat tidurku!" kata gajah.

gajah menjumpai kawasan semak di pangkal pokok. dia berasa gembira berehat di tempat yang hangat dan kering itu. dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. 

tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok.

"kokokokkkkk...." jerit ayam jantan.

seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok. rubah itu mahu makan ayam tersebut. sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas sebuah pokok besar.

rubah berkata, "kamu mempunyai suara yg sungguh menrdu! aku mahu menjadi sahabatmu. turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual."

ayam jantan tidak mempercayai rubah.

"kamu patut bercakap dengan sahabatku yg ada di pangkal pokok"
"dia juga pandai menyanyi." kata ayam jantan.

rubah menyangka sahanat itu ialahseekor ayam lagi.

"sahabat!" dia melaung ke arah semak. marilah keluar dan nyanyikanlah sebuah lagu untukku!"

gajah berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. dia mula melalak dengan kuat dan melompat keluar dari semak. 

*bunyi gajah melalak*

rubah sangat takut dan melarikan diri. gajah mengejarnya didalam hutan. selepas itu, gajah kembali ke pokok. ayam jantan memberitahu gajah tentang bagaimana rubah cuba bersahabat dengannya.

mereka mentertawakan rubah yg malang itu. tidak lama kemudian, dua sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi. 

*TAMAT*




pergi kedai beli nasi dagang, 
sekian sahaja babai. 


:P

No comments: