Tuesday, 4 December 2012

photobooth wedding

assalamualaikum. memandangkan skrg cuti sekolah jadi mmg rajin betul nk update blog ni. rase heaven je stay kt rumah muahahaha. tapi sy tahu situasi begini tidak akan berpanjangan apabila tibanya bulan januari tahun depang... jadi haruslah mengumpul semangat dan membina ketahanan diri jiwa mental sebelum berpraktikum di sekolah bermula tahun depan!!! woahhh seram sejuk rase tetapi menonton cerita hantu lebih seram seramm lagi . okayy okayy okayyy... masa wedding kakak sy hari tu, sy ada terlibat dalam projek2 mega pembinaan photobooth wedding. dan masa tu adalah study week tetapi apakan daya sampai jugek sy di rumah. muahahahaha.. okayy okayy actually  =p , photobooth wedding ni boleh dibuat secara simple dan sangat2 simple dan juga tidaklah memerlukan kos yg tinggi pun.

so untuk background belakang, hanya guna sehelai kain warna putih cream corak2 sikit. kain ni murah je. boleh beli kt mana2 kedai atau ambik je kt rumah.. HEHE. then buat kipas dan sedikit bunga menggunakan kertas warna dan juga kertas warna lembut tu. apa dh nama dia sy xingat.






kemudian lekatkan kipas2 dan bunga2 cantik tersebut pada kain tu. reka letak kipas2 dan bunga2 tersebut adalah bebas mengikut kreativiti masing2. lekat guna pistol gam untuk memastikan kekemasan yg lebih baik. lepas tu, carila kawasan atau tempat2 strategik untuk gantung kain ni atau pun just lekat di dinding rumah. sy lekat bawah khemah sebab masa ni musim hujan dan hari2 sebelumnya hujan lebat so takut nanti masa hari perkahwinan  akan hujan lebat jugak. tetapi Allah Maha Penyayang Maha Mengasihani Maha Pengasih, hari tersebut xhujan. cuaca sangat2 baik..alhamdulillah.. ^__^  .

untuk props, sy hanya guna 2 mounting board. atas mounting board tu sy lekatkan boneka pengantin. buat dengan kertas warna, manik, dan kain2 tertentu. hehe. simple saja.





then haruslah ada buku autograf. buku ni just guna photo album dan ubahsuaikan dia. 
haa jimat x jimat x? hew2..




and this is photobooth wedding..walaupun xseberapa tapi sekurang2nya boleh menggembirakan sesetengah pihak tertentu dan menceriakan suasana. ngeh3...  =) =)  =)






 guna gumpalan kertas lembut utk buat love dan border tu timbul, 
then pakai marker warna gold dan perak utk lukis. simple je kang? hahaha


owh ya yg ini potret pengantin pada hari tersebut. terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kpd pengkarya potret ini, walaupun busy banyak kerja tetapi anda tetap meluangkan masa untuk menyiapkan lukisan potret ini. terima kasih.



owh tidak lupa juga props yg lain...








okay setakat itu sahaja utk entry yg bosan nih.....haha