Monday, 4 November 2013

asaalamualaikum!!!!

yuhuuu dh lama xupdate. 4 bulan sudah berlalu rupanya. dan dalam masa 4 bulan ni terlalu banyak perkara pahit manis yang telah berlaku. Alhamdulillah, praktikum fasa kedua telah berlalu, dengan suka gelak tawa dan.....tragisnya. haha. terima kasih kepada insan mulia yg telah menurunkan tekanan sy semasa sy berada di sekolah. semoga praktikum fasa ketiga pada tahun hadapan dapat memberi seribu malah berjuta-juta makna dalam diri ini untuk dikutip sebagai bakal guru kelak. amin3. sebenarnya, dalam hidup ini, selagi kita tidak merasa pahitnya rencah kehidupan, maka kita tidak akan pernah belajar apa pun tentangnya. dan kita harus kuat supaya kekuatan yg masih ada dalam diri kita tu takkan buatkan kita selalu terjatuh.
"Apabila aku menikmati keindahan matahari terbenam, aku berasa puas merenunginya. Perasaan ingin tahu yang ada dalam benakku, aku pendamkan........ ada ketika itu aku berasa cukup puas merenung matahari terbenam." Albert r. chandler.
Quote ni best kan? meaningful. rasanya kali ni repost balik quote ni haha. but i really mean it. rasa tenang sikit. btw, xsabar nk cuti sekolah. nk bercuti sebelum menghadapi final year! praktikum 3 bulan, project sekolah, AR, pmbentangan AR..dan dalam pada masa yg sama projek2 seni yg selalu buat org xcukup tido tuh wuwuuu.....adusss macam2 lagi la.tapi apa2 pun mmg dah nasib student final year kalau tak merasa sakitnya memang bukan student final year la tu. bukankah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian? xpelah walaupun sakit sgt2 pun kena lah paksa diri untuk bertahan dan bertabah, sebab Allah kan ada. :')  Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. semoga Allah memberkati hidup kita. amin.

p/s: bila la nk mai mood exam xtau. wuwuu. @.@



Thursday, 4 July 2013

#projek seni topeng muka bahagian 1

Assalamualaikum.

untuk post kali ini, sy nk kongsi tentang proses hasil kerja projek seni membuat topeng. membuat topeng yaw! projek ini dijalankan selepas sy selesai menghasilkan oil painting di atas kanvas yg bertajuk "pengharapan senja" suatu ketika dahulu.  mungkin perkongsian projek ini dapat membantu adik-adik yang turut sama mempunyai tugasan semester membuat topeng seperti sy. mgkin dapat memberi sedikit ilham tentang bahan-bahan serta proses pembuatan dan juga the way it's look. tetapi jgn lah tiru sebijik. bukankah be yourself itu adalah lebih cantik dan murni? buat adik-adik yg akan mghasilkan karya topeng, try to think about something in our life yg telah mempengaruhi hidup kita. apa yg sy maksudkan adalah, rasa yg mungkin kita pernah lalui dan alami atau sesuatu yg kita senangi atau mungkin sesuatu yg dekat dengan kita juga. dan seterusnya boleh hasilkan dengan mengikut prosedur2 seni.  itu salah satu daripada proses mengekpresi diri dan menetapkan tema nama bukan? ^^  tajuk topeng muka sy pada kali ini adalah...topeng. kenapa sy  memilih tajuk topeng? hal yang demikian menggambarkan ekpresi pengkarya yg ingin diluahkan sewaktu melalui liku-liku hidupnya samada waktu sukar duka tawar hambar luka namun terlindung disebalik topeng-topeng wajah yg kukuh. apa yg sy ingin sampaikan dan ekpresikan ini akan dapat dilihat pada hasil karya topeng ini. *aishh terrrrasa malu dan segan ya sekiranya lecturer2 ambe baca blog nih. kuang3

ok ok tanpa membuang masa, ayuhlah melihat gambar proses satu-persatu. pastu kalau boring, sila tekan pangkah dan terus pergi jangan mai2 lagi dh. emosi yaw! hahaha. STOP!!!!!  okeh.

bahan-bahan yg telah sy gunakan utk projek topeng muka sy pada kali ini adalah, aluminium foil, paper mache, masking tape, akrilik, spray, plastik botol,getah lastik,




Proses membuat topeng. 

#1. bentukkan aluminium foil ini menjadi segi empat. kalau boleh biarlah muat saiz muka kita ya.

#2. ambil aluminium foil kemudian bentukkan ia pada muka sendiri atau muka kawan. tapi untuk projek topeng muka pada kali ini, sy memilih utk bentukkan pada muka sy sendiri.hati2 ya sewaktu proses membentuk di muka, jangan penyek kuat sangat kt muka, nnti muka jadi merah. *berdasarkan pengalaman* HEHE

#3. kemudian 

#4. ya kemudian balut dengan masking tape. harus balut semua ya.

#5. pastikan dibalut dengan teliti. pastikan hidung dibentuk untuk dapatkan hasil yang baik.


#6. dah siap balut semua menggunakan masking tape


#7. balut juga bahagian dalam


#8 kemaskan balutan pada bahagian hadapan


#9. balut pada bahagian dalam lagi. kemaskan 


#10. kemudian guna pisau untuk tebuk mata dan juga lubang hidung. ketabahan dan kesabaran yang tinggi diperlukan yaw!


#11. kemudian, untuk topeng sy memilih utk letakkan hiasan di atas kepalanya. oleh itu, dengan menggunakan aluminium foil sebagai asas, 

#12. bentukkan seperti yang dimahukan.


#13. guna masking tape lagi.

#14. okeh, guna pula paper mache untuk tutup semua bahagian topeng ini.
paper mache? cebisan2 kertas @ tisu @ surat khabar @ apa jenis kertas yg telah direndam kemudian dilumatkan utk dijadikan paper mache. 


#15. then guna gam utk tempek pada topeng ini. bagi dia melekat kuat pada permukaan topeng


#16. okeh. bentukkan mulutnya yaw! guna paper mache ye. 


#17. kemudian letak tali kat tepi topeng. apa2 tali je la. tapi sy pilih tali getah yg nk lastik cicak tu pun boleh



#18. letak gam ye. biar dia kering kemudian akan rasa permukaan topeng ini sgt keras kerana gam yang telah ditempek itu.



#19. kemudian utk bahagian atas, sy gabungkan dengan topeng muka dengan menggunakan teknik seperti gambar di atas ini. memerlukan kesabaran dan ketabahan ye. huhuhu



#20. 

#21. ya guna masking tape jugak ye


#21. yg putih petak tu apa? itu adalah paper clay. boleh dapatkannya di popular atau mana2 kedai yg berkaitan. 

#22. proses mengering memakan masa juga. jadi pesanan: jangan mulakan projek ni lewat2 atau bahasa paling tepat *tangguh*, nanti takut kalut pulak dgn tarikh submit projek.  *berdasarkan pengalaman. HEHE






*penat betul taip panjang2. okeh akan bersambung.  




Wednesday, 19 June 2013

semester baru yuhuuu



Assalamualaikum! 

Begitu cepatnya masa berlalu. Tarikh 17 Jun 2013 menandakan bermulanya semester baru iaitu semester 6. Sudah pasti terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 3 hari di maktab. Yang pastinya saat paling mengembirakan adalah gelak ketawa kami yang telah menceriakan hari-hari dan menyembuhkan luka-luka  yang kian beransur pulih dalam diri. Pada semester ini ada program BIG, praktikum, persatuan dan lain-lain. Hanya 2 subjek sahaja iaitu subjek major yang terbahagi kepada 2 subtopik, manakala 1 subjek minor. Good news semester ini tiada subjek EDU. ehehe sgt melegakan hati. TAPI tapi tapi praktikum pada fasa kedua ini  akan mengajar subjek major dan juga subjek minor 1 iaitu PJ. tapi tapi tapi walhalnya pada semester ini kami tidak belajar subjek minor 1 iaitu PJ tersebut sebaliknya kami belajar subjek Bahasa Melayu. Maka, aku dapat rasakan kemerengan atau mereng mereng tersebut akan melanda diri ini tatkala praktikum nanti. Aku juga dapat rasakan yg ke'mereng'an itu telah melanda diri ini semenjak aku mula-mula menaip post ini di mana penggunaan ayat dan perkataan adalah tidak seperti yang biasa digunakan di dalam post-post sebelum ini. Tetapi tidak mengapalah kerana Bahasa Melayu itu sangat penting dan berharga. Kita seharusnya memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu kita, bak kata pepatah "Takkan Melayu Hilang di Dunia." sayangi dan hargailah keamanan yang ada pada hari ini. Kenanglah juga pengorbanan nenek moyang kita dahulu kala yang berkorban nyawa memperjuangkan tanah air kita. Jadi setakat ini sahaja lah, penat betul menaip panjang-panjang. Sehingga berjumpa lagi di ruangan perkongsian ilmu yang akan datang. salam. 



Wednesday, 12 June 2013



a new chapter. a new story. a new beginning. a new life. a new soul.
never be the same again.

goodnite yaw!


Saturday, 27 April 2013

assalamualaikum...

dah lama dah xupdate rupanya. bukan sebab malas tapi rasa busy sangat sangat. dan alhamdulilah dah habis praktikal utk fasa 1. masih ada fasa 2 dan 3. sk kampong selamat. memberi banyak kenangan. pahit, manis, suka duka, semua ada. hmm malas nk taip dh. ok, nnti akan sambung cerita ttg praktikum fasa 1 nih. nk tido, bukan senang nk dapat tido yg berkualiti. sebelum ni pun sepanjang praktikal sampai xtido nk siapkan rph dan bbm serta kerja2 selingan. huh. kalau diingatkan kembali mmg sangat tragis. kehidupan yg tragis. bak kata senior "dh xde life dh" sekali dh terjerumus dlm dunia sekolah, mmg jiwa dh mmg akan sebati dgn sekolah. lagi2 sekolah tu ada program yg byk mmg akan sebati sungguh. okokokkk xmau bazirkan waktu tido. goodnite! <3

Tuesday, 22 January 2013

keceriaaan.



Assalamualaikum dan selamat malam!

ini dutyrooster. *malu*









somewhere over the rainbow..........    










  matahari terbenam. 







p/s: esok ada kelas teknologi berteknologi tinggi IT stoooppppp mootionnn adobeeeee ppshooppp tuuuuu.....aduhh tensionnyeee, bertemu lagi si kuno IT.






-good nite-





Wednesday, 16 January 2013

digital painting ke?












jgn tiru tauuuuu... ni assignment hanaterah punya. utk digital painting sem5. walaupun tahap kanak-kanak lagi..huhuuu... jgn tiruuu tau tau..






gambar visual adalah bebas. 



kenapa saya pilih gambar ni?



sebab sy ada pandangan sy sendiri. walaupun kereta biru yang berada di posisi hadapan visual telah menarik perhatian banyak mata yg memandang visual ini, namun jangan kita lupakan keindahan di atas sana. pandanglah langit, lagi cantik dari kereta hebat. walaupun sy buat xjadi, walaupun sy mmg xsuka subjek berkaitan ilmu Photoshop dan sebagainya yg berkaitan, walaupun masa sy siap lukis(melakar) gambar kereta hari tu dlm photoshop, tiba-tiba hilang dan xtahu kemana (ye sy xsave sebab sy kuno IT), walaupun sy kena start balik proses lukis2 tuh, walaupun salah satu sebab sy xsuka masuk kelas dr  adalah kerana kena menghadap skrin besar berjam2 sampai mata sakit itu dalam pada masa yg sama sy kuno Photoshop dan IT,  namun, penghayatan terhadap mesej atau isi kandungan visual tersebut telah mendorong dan mewujudkan rasa keinginan untuk terus berusaha menyiapkan digitalpainting ini walaupun mengambil masa yg lama. tetapi tidak mengapa si kuno, sebab keindahan langit itu tetap akan berada di situ, walaupun hari ini dia tiada, namun esok mungkin dia ada.  



 si kuno IT.


uhukk    -_-""""






-the end-